Pages

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Apa itu 'pip'?

Dalam forex, pip boleh dikatakan sebagai penjodoh bilangan. Misalnya untuk jarak kita gunakan penjodoh bilangan meter atau kilometer. Untuk berat pula kita biasa gunakan gram atau kilogram. Begitulah juga dalam forex, beza harga untuk sesuatu pair dikatakan sebagai pip.

Contoh 1:
Harga EU/USD sekarang ialah
1.3159
Dua minit kemudian harga EU/USD berubah ke
1.3169
Ini bermakna pair EU/USD telah berubah +10pip.

Contoh 2 :
Anda membeli USD/JPY pada harga 105.04
30saat kemudian…harga USD/JPY melonjak naik ke 105.14
Ini bermakna anda telah untung 10pip.

Kesimpulannya:
PIP = Beza harga terkecil sesuatu pair

Sebarang perubahan terkecil sesuatu pair itu dikira sebagai PIP. Keuntungan dan kerugian anda juga berdasarkan berapa pip yang anda perolehi iaitu perubahan harga sesuatu pair tersebut.

No comments:

Post a Comment